Thursday, August 1, 2024

Setiap Rumah Ada Cerita (CnP dari blog lama)

 
Salam semua.  Hari ne Aima nak citer pengalaman tinggal sendiri selepas kahwin.  Bila di kenang-kenang kisah lalu ada gak syoknya kan.  Terimbas semua kenangan dulu-dulu, uhuuu…

Mula-mula kawin Aima duk ngan family Aima, masih rasa tak nak berjauhan ngan family, ye lah anak pompuan yang paling beso kan, lagi pula opis Aima dekat je ngan umah family so senang nak pi keje.  Setiap weekend baru tido rumah mertua.  Memang banyak cabaran dan dugaan pada tahun pertama perkahwinan, jika ikut rasa hati n jika dapat di putar masa yang dah berlalu rasa macam nak ulang balik zaman remaja dulu.  Ye lah kan belum tau nak mengemudi rumahtangga lagi.
 
5 bulan lepas di ikat sebagai isteri Mr Hubby ajak duk rumah family dia sebab dia kata nak suh Aima merasai pengalaman duk kat kampung, ermmm.. Aalaa sebenarnya Mr Hubby tak tahan duk jauh dari mama n bapa dia, ye lah kan anak lelaki satu-satunya.  Demi nak menjaga hati suami Aima turutkan lah juga walaupun hati rasa sedih sangat.  Mula-mula pindah rumah mertua masa tu ngam Hari Raya Aidiladha, dengar je takbir dalam tv meraung jugak di buatnya, tak pernah jauh ngan family, tup-tup di bawak pergi, huwawawaaa…

Bila rindu tentu Aima call mama n cakap yang Aima rindu kat dia, uhuuu… N bila mama cakap yang dorang sunyi sebab Aima dah takde kat rumah lagilah menitik airmata, nasib tak banjir kan, eheee…  Duk ngan mertua memang banyak suka duka yang Aima alami.  Kedua mertua memang baik cuma ipar je ada masanya tak ngam ngan kiter.  Apatah lagi adik-adik ipar semuanya pompuan, semuanya satu kepala.  F sorang tak suka tentu semua pun ikut terjeling-jeling, fuhhh!!!!

Masa tu memang sedih giler jugak lah, Mr Hubby je yang tak tahu.  Malas nak citer sebab malas nak cari gaduh, pendam je lah sorang diri.  Memang Aima makan hati n banyak nangis tambah lagi time pregnant pertama.   Alamak melalut lah pulak, tadi cakap nak citer pengalaman tinggal sendiri je kan, eheee…

Kita sambung k, pengalaman tinggal ngan mertua tu insya Allah nanti Aima share k.  Mula kawin tinggal ngan family Aima n lepas 5 bulan pindah tinggal ngan mertua.  Genap setahun setengah tinggal serumah ngan family Mr Hubby, masa tu Aima dah ada anak sorang iaitu kakak, terjadilah satu pertelingkahan antara Mr Hubby ngan adik-adik dia.  Ini semua gara-gara adik dia ‘kureng ajar’ ngan Aima, semua tuduh Aima macam-macam.  Semua jasa baik dorang buang ketepi, sedih giler beb..

So Mr Hubby ajak pindah semula duk rumah family Aima.  Masa tu Aima dah fikir nak apply rumah dari bos company Aima keja.  Kebetulan pulak semua staff tak kira lah local ke orang luar ke semua dapat kemudahan yang macam-macam dari company.  Aima pun try lah tanya kat bos kot-kot ada rumah yang kosong tuk Aima tinggal ngan family kecik Aima.  Bukan lah tak nak tinggal ngan family, tapi pengalaman lalu mematangkan diri ini n nak gak rasa susah senang mengurus rumahtangga sendiri.
Dan ternyata nasib menyebelahi Aima, kebetulan pulak ada satu rumah yang baru je di kosongkan oleh penyewa.  So bos kata duk lah kat situ, tanpa bayaran satu sen pun, semuanya free sebab rumah tu company punya, jadinya semua di tanggung syarikat, Alhamdulillah.. Maka bermula lah episod suka duka berumahtangga, barulah merasa pahit manis tinggal sendiri, tapi terus terang memang Aima n Mr Hubby teruja sangat.  N dari situlah keluarga kecik Aima mula berkembang, eheee…

Best sangat duk sendiri ne kan, semua kena mula dari 0.  Tinggal sendiri ne mengajar kami erti kesabaran dan pengorbanan.  Dari rumah tak banyak benda sampailah berbenda-benda kat rumah sampai pening kepala tak tau nak susun caner, ahaaa…

 
Rumah pertama yang Aima n family duduki ne berupa rumah 2 tingkat, Aima duk kat aras bawah yang ada 3 bilik manakala aras atas pulak di duduki Amoy Cina yang tinggal sorang tapi dah berumur gak lah cina tu.  Jadinya memang takde gangguan lah.  Mula pindah kakak baru berumur 1 tahun, baru belajar nak jalan.  Tinggal kat rumah tu Aima dah pandai berdikari, keje pun drive kete sendiri, senang f ada pape kan.  Dari anak sorang mula-mula masuk kat rumah tu, keluar pulak 2 orang lagi anak, Alhamdulillah.

Lama gak kami tinggal kat sana, ada lah dalam 6 tahun. Rumah tu banyak menyimpan memori dan suka duka kami sekeluarga.  Aima sayang sangat kat rumah tu cuma ada banyak sebab yang membuatkan Aima n Mr Hubby terfikir tuk berpindah, antara sebabnya adalah banjir.  Mana tahan beb asal hujan besar je tentu banjir.  F banjir kat luar je ok lagi, ne tak satu rumah banjir, habis perabot dan barang-barang rosak.  Sebab lain yang memang Aima tak kan lupa adalah mainhole selalu tersumbat.   Asal tersumbat je tentu air dalam toilet tak dapat mengalir.  1 hal lagi bau dia mai aiii, loya tekak.   Bos pun ada cakap masa mula buat rumah-rumah kat kawasan tu (kan semua rumah tu milik bos, adalah dalam 8 buah rumah) dorang buat 1 main hole je untuk setiap 4 buah rumah, mana tak stuck.  Tau je lah tinggal berjiran ngan bukan muslim ne, dorang bukan pernah tinggal toilet tissue f melabur, caner lah tak tersumbat bila hari-hari guna tisu tuk lap lip lap n pam dalam bowl, aduyaiii…

Selepas banjir besar melanda Brunei n rumah kami tinggal tu pun banjir sama, Mr Hubby pun mula tanya-tanya kat Jabatan dia keje tentang permohonan rumah bagi pasukan beruniform.  Masa tinggal kat rumah mertua memang Mr Hubby ada apply perumahan bagi anggota beruniform tapi sampai lah bertahun-tahun takde jawapan (orang yang amik permohonan tu keje dia cuma tido kot, huhhh!!!) Mula-mula tu susah gak nak dapat sebab Mr Hubby mintak rumah teres yang berdekatan tapi Allah Maha Pengasihani hamba Nya yang sabar, dengan pertolongan seorang saudara sebelah family Aima, Alhamdulilah kami dapat rumah teres yang dikhaskan bagi pasukan beruniform tempat Mr Hubby keje.  Dan rumah teres tersebut terletak di kampung Aima sendiri n tak juah dari rumah family Aima, Alhamdulillah..

 
Hari ne dapat kunci rumah, keesokkan harinya Aima n Mr Hubby dah packing barang tuk pindah, semangat beb..eheee…Rumah teres tu 2 tingkat dan ada 4 bilik, besar gak lah, cukup tuk family kecik Aima.  Masa tu anak pun dah 3 orang.  Jika rumah lama ada masalah ngan manhole, kat rumah teres ne pun sama, mainhole pun selalu tersumbat, waduhhh!!!

Tinggal kat rumah teres ne lagilah banyak suka duka dan dugaan yang di alami.  Kata orang setiap rumah ada cerita tersendiri.  Aima n family duk kat rumah tu tak lama dalam 2 tahun lebih je sebab Mr Hubby nak tamatkan perkhidmatan keje selama 15 tahun.  So sementara tunggu masa nak keluar dari rumah teres, Aima dah mintak kebenaran kat bapa Aima tuk buat rumah kat depan rumah bapa Aima tu.

Sebenarnya bapa Aima ada 2 buah rumah, satu yang keluarga duduk n yang satu lagi di sewakan yang merupakan rumah lama keluarga kami sebelum bapa Aima membuat rumah baru kat belakang rumah lama.  Alhamdulillah bapa Aima bagi kebenaran tuk Aima n Mr Hubby renovate atau buat baru rumah sewa tersebut.  Mr Hubby plan nak robohkan rumah sewa tersebut dan buat yang baru.  Rasa syukur yang tak terhingga Aima panjatkan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan terima kasih yang tak terhingga Aima n Mr Hubby ucapkan pada mama n bapa Aima yang telah bermurah hati mengizinkan Aima membuat rumah di tapak rumah lama, semoga Allah membalas kebaikkan dan jasa mereka dengan berjuta kebaikkan, Amin Ya Rabbalalamin...

 
Semua duit baksis selama Mr Hubby keje di laburkan tuk membuat rumah kami.  Memang takde enjoy lah ngan duit baksis tersebut.  Selain duit baksis Aima n Mr Hubby juga guna duit yang ada dalam tangan tuk beli barang-barang lain seperti lampu, kipas dll secara berdikit-dikit.  Hari Raya pada tahun tu pun kami tak sambut sebab rumah dah berselerak ngan kotak-kotak barang yang nak di bawa pindah.

Dan Alhamdulillah beberapa bulan selepas pembinaan rumah baru kami pun siap, Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terlalu banyak pengorbanan yang kami hadapai tuk mendapatkan rumah yang Aima n family duduk sekarang dan terasa berbaloi ngan apa yang telah di korbankan.   Rumah Aima yang sekarang ne adalah rumah banglo dan tak lah besar mana tapi cukuplah untuk kami anak beranak.  Rumah ne ada 3 bilik tidur, satu ruangtamu, 1 ruang lepak, 2 toilet n 1 dapur yang lebih besar dari master bedroom.  Dapur besar ne memang permintaan Aima sebab senang jika adakan keramaian ke, doa selamat ke, senang nak main masak-masak, eheee...

 
Kini rumah tersebut sudah 3 tahun kami diami.  Dan di rumah baru ini lah Aima dapat baby baru lagi, eheee… Lepas ne takde pindah lagi lah, biarlah menetap kat rumah sekarang ne hingga nafas yang terakhir.  Memang Aima n Mr Hubby hepi sangat sebab tertunai sudah impian tuk memiliki rumah sendiri di usia muda, Mr Hubby 33 tahun n Aima 32 tahun, Alhamdulillah.  Aima pun hepi sebab dah duk dekat ngan mama n bapa Aima, sekurang-kurangnya dapatlah menjenguk n menjaga sakit demam mereka.  

Boleh di katakan Aima tersangat bahagia ngan kehidupan ini.  Bahagia di temani suami yang penyayang yang telah sama-sama mengharungi suka duka bersama-sama selama 13 tahun hidup bersama dan diserikan lagi dengan 4 orang cahayamata yang comel n nakal serta di kelilingi ngan keluarga yang memahami, Alhamdulillh, Syukran Ya Allah.. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya, aminnn..

Alahai panjangnya n3 kali ne kan, tentu boring baca, eheee…    Insya Allah ada kesempatan Aima share pulak cabaran n dugaan di setiap rumah yang Aima duduki.. selamat ngantuk membaca n3 ne k, bubyezzz.. Assalammualaikum..

Cepatnya Waktu Berlalu

 

Assalamualaikum.  Lama tak bukak blog kesayangan ne, makan masa bertahun jugak.  Kadang ada rasa nak rajin bloging macam dulu cuma sekarang ne masa sangat terhad.  Rindu sebenarnya nak meluahkan rasa dan apa yang dilalui ke dalam blog ne, kat sini lah satu-satunya tempat untuk meluahkan rasa yang terpendam dan apa yang tersirat dalam sanubari😂

Yang paling Aima rasa terkilan sangat adalah blog lama Aima https://mama-aima.blogspot.com/ yang tak dapat dibukak, terlupa apa email dia.  Dah try guna semua email yang ada tapi still tak dapat.  Dalam blog lama tu banyak coretan yang belum sempat nak edit dan post, banyak kenangan dan suka duka yang belum sempat share, kisah anak-anak, kisah mama, kisah kehidupan dan bermacam kisah asam garam kehidupan.

Insha Allah ada masa terluang nanti Aima nak C&P post yang ada dalam blog lama dan share kat sini.  Walaupun sekarang ne orang dah tak minat bukak blog tapi Aima nak jadikan blog Aima ne untuk simpan kenangan di masa akan datang.  Sekurang-kurangnya boleh mengubat kerinduan pada kenangan lalu sebab masa berlalu takkan kembali lagi, kan kan...

Ok insha Allah ada masa Aima sambung lagi ok.  Assalamualaikum semua.

Mama Aima

 


Sunday, February 7, 2021

Typeless Sunday

 

Image result for yang singkat itu waktu

Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
  Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu"GHIBAH".
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERDZIKIR".
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT" ^___^
Subahanallah 
 
 Mama Aima

Saturday, February 6, 2021

Kena Self Isolation Kat Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sabtu.  Lama tak publish entry baru padahal kat dalam draft banyak yang belum post.  Dah seminggu kurang sihat, demam batuk selsema.  First jumpa Doctor kat Klinik Kerajaan adalah hari Sabtu 30/01.  Pagi memang masuk office walaupun dah rasa tak sihat dan pening lalat.  Nasib baik Sabtu keje setengah hari.  Pukul 2 Mr Hubby ajak pergi klinik sebab dia pun nak mintak MC, demam jugak.  Nasib baik anak-anak kat rumah dah sembuh dari demam, simptom pun sama demam batuk selsema.

Aima dan Mr Hubby jumpa Doctor berasingan sebab tak boleh combine, 1 pesakit 1 Doctor.  Doctor yang Aima jumpa ne memang Doctor local, melayu dan masih muda.  First jumpa memang kena tanyalah sakit apa, sejak bila, ada pergi luar negara ke tak (aiyoooo border Brunei tutup lah macamana pulak nak pergi oversea) dan ada contact tak dengan pesakit Covid?  Yang ini memang takde jugak lah.

Doct kata badan panas, tekanan darah pun tinggi.  Memang tinggi sebab malam tak dapat tidur.  Then doctor tu kata nak buat Swab test tak? Alamakkkkkk!!!! memang kena buat test ke? Doct kata better buat just for precaution.  Hati dah dup dap ne, tangan pun dah sejuk.  Mungkin tengok Aima gelisah Doct tu pun cakap tak sakit pun jangan takut😓

So Aima pun try test lah cakap, setakat ne rasanya tak perlu kot, sebab memang takde contact dengan sape-sape.  Demam ne pun baru je rasa, menjangkit dari anak-anak kot.  Makan pun so far macam biasa.  Kalau dalam seminggu lebih tak baik jugak baru swab test ok😁  Fuhhh nasib baik Doct tak banyak songeh, dia kata ok kalau lepas ne ada datang sini lagi dan masih demam jugak kena terus swab test la.  Aima pun mengangguk cepat-cepat, ok ok janji😂

Doct tu kata mesti self isolation kat rumah dalam masa 3 hari, jangan pergi mana-mana.  Cuma yang tak bestnya self isolation yang dibagi tu bermula Sabtu tu jugak.  Sabtu memang keje setengah hari, besoknya pulak Ahad memang tak keje, rugiiiiii.  Maknanya cuma cuti untuk hari Isnin saja.  Aima cuba jugak nak deal manalah tau dapat MC start isnin depan, tapi jawapan Doct memang BIG NO, hari ini datang memang MC start hari ini, ikut undang-undang MOH.  Errmmmmm takpelah, undang-undang takleh lawan ok.

Dah jumpa Mr Hubby, dia pun sama kena bagi 3 hari self isolation.  Bezanya Mr Hubby memang Ahad dan Isnin keje shift pagi, takdelah rasa rugi kan.  Ok lah dapatlah rehat sama-sama.  

Cuti demam ne ada jugak bestnya, dapat duduk rumah sehari suntuk.  Keje rumah pun boleh beres cepat, siap semua keje boleh rehat golek-golek atas katil, hahaa..  Cuma keje hantar ambil anak sekolah je tak boleh cuti, sakit tak sakit kena teruskan.  Anak-anak pun happy tengok mama dia sentiasa ada kat rumah.

Hari Selasa memang kena masuk office, cuti sakit dah habis walaupun memang rasa tak larat sangat.  Badan rasa panas, pening, batuk muntah selsema dan sebagainya.  Tapi tetap digagahkan juga demi mencari rezeki untuk anak-anak.  Belum 1 jam masuk office, perut dah rasa semacam, muntah jangan cakaplah, habis semua isi perut keluar. Kebetulan pulak masa tu cuma Aima dengan anak kecik Aima (insha Allah ada masa nanti Aima citer pasal anak Aima ne ok) je yang ada kat office.  Miss Boss dan adik dia ada urusan kat luar.  1 keja pun tak terpegang, kepala rasa berat sangat.

So pukul 11 pagi sebab tak tahan sangat Aima pun wasap Miss Boss mintak izin balik sebab betul-betul rasa tak larat.  Nasib baik dapat Miss Boss sorang yang baik, memahami dan peduli sakit pening staff.  Dia kata better balik rehat kat rumah, kalau tak sihat bawak klinik swasta nanti claim kat office, Alhamdulillah.  Anak balik sekolah pun Mr Hubby yang ambil before dia keje, cuma anak kedua yang ada class petang saja yang Aima ambil.

Sementara menunggu anak balik sekolah pukul 2.30, Aima pun pergi klinik swasta, punyalah ramai orang, dan boleh dikatakan kesemuanya demam batuk selsema jugak.  Rata-rata mengatakan dah datang tadi pagi tapi tak dapat nombor sebab ramai orang so kena datang sebelah petang.

Dah jumpa dengan Puan Doct, cek panas dan tekanan darah, badan memang panas 39 dan tekanan darah pun tinggi 145.  Puan Doct kata disebabkan demam batuk selsema kena self isolation 3 hari start hari itu jugak.  Kena minum banyak air dan rehat banyak-banyak.  So self isolation lagi lah 3 hari hingga khamis, Jumaat baru keje, yeaaaaaaa😁 Dapatlah rehat lagi kat rumah, Alhamdulillah.

Bila direnung-renungkan semula sakit ini ada jugak hikmahnya.  Sebelum ne memang tak cukup rehat, zup zap pagi hingga malam.  Mana keje menimbun kat office, mana keje kat rumah lagi, mana masalah yang datang bertalu-talu so dengan sakit ini Allah nak bagi Aima rehat, nak suruh Aima tenangkan diri, Allah tahu diri ini penat zahir batin, memang dari zahir tak nampak tapi batin penuh dengan keluh kesah, Subahanallah.  Dan sakit juga penghapus dosa kecil, Alhamdulillah.  

Alhamdulillah hari ini masuk Office memang semangat sikit, maklum hari gaji, hahahaaa..  Batuk dan selsema masih ada cuma tak seteruk semalam.  Harap-harap lepas ini Aima sihat seperti biasa, Aamiin.  Doakan Aima terus sihat dan kuat ok, dan tolong doakan Aima agar tetap bersabar dengan apa pun dugaan yang datang,Aaamiin ya rabbalalamin.  Insha Allah jumpa lagi nanti, assalamualaikum.

Image result for sakit penghapus dosa

Mama Aima