Wednesday, October 9, 2024

Kehidupan Ku

Di hari yang bermakna bagi diri Aima ne ingin jugak rasanya share beberapa kenangan dan rentetan peristiwa sepanjang usia Aima, sekadar untuk tatapan di masa akan datang, sekurang-kurang ada jugak la kenangan pahit manis kehidupan.

9 Oktober hari Aima di lahirkan di dunia ini.  Menurut kata mama, Aima di lahirkan di rumah dengan penuh kesakitan dan disambut oleh bidan.  Masa tu Aima dah selamat keluar tetapi tebuni masih lagi tersekat dalam perut mama.  Memakan masa dalam setengah jam jugak lah baru tebuni dapat di kelurkan dengan selamat.  Ampunkan Aima mama.  

Aima bersekolah pada usia 5 tahun dan Alhamdulillah merupakan antara pelajar terpandai waktu itu.  Masa Darjah 1 prestasi pelajaran Aima dan ada sorang lagi kawan amat memberangsangkan, maka Aima dan kawan tersebut dinaikkan kelas (jumping class) dalam tahun itu jugak.  Ini bermakna Aima dan kawan bersekolah selama setengah tahun sahaja dalam Darjah 1, terus dinaikkan ke Darjah 2 dalam tahun yang sama.  

So Aima dan kawan kena struggle untuk menjalani peperiksaan Darjah 2 hanya dengan belajar setengah tahun mata pelajaran Darjah 2.  Dan Alhamdulillah Aima lulus dengan cemerlang.  Boleh dikatakan sejarah sekolah jugaklah sebab sebelum dan selepas itu tidak ada lagi murid yang jumping class seperti Aima dan sorang kawan tu.

Bukan nak bangga diri okey, ini sekadar perkongsian sahaja.  Bab pelajaran Alhamdulillah Aima menjadi kebanggaan keluraga.  Sewaktu Sekolah Ugama juga boleh dikatakan setiap tahun dari Darjah 1 hingga Darjah 6 Aima mendapat no 1 dan setiap tahun mendapat hadiah murid cemerlang.  Cuma sayangnya waktu dulu takde lah seperti hari ini, takde sesi bergambar ataupun piala dan sijil, cuma diberi hadiah berupa buku dan alat tulis saja.  Jika dulu diberi piala dan sijil, fuhh memang banyak yang Aima dapat.

Tapi ada jugak lah dapat no 2 dalam peperiksaan bulanan cuma jarang.  Boleh dikatakan juga Aima salah seorang murid yang menjadi kesayangan seorang guru yang dikatakan sangat garang dengan murid.  Guru yang sangat digeruni murid yang lain termasuk Aima sendiri.  Sebenarnya guru tu suka Aima sebab Aima satu-satunya murid yang lancar membaca Al Quran dengan tajuid yang betul, Alhamdulillah.  Cuma Aima yang selalu dalam ketakutan sebab setiap kali belajar Al Quran tentu nama Aima yang disebut dulu, uhuuu...

Di saat orang lain menduduki peperiksaan Darjah 6 di Sekolah Rendah, dulu di panggil PCE dan kini PSR, Aima murid satu-satunya yang menduduki peperiksaan tersebut tanpa IC, muda lagi kot masa tu baru berumur 11 tahun.

Lepas habis Sekolah Rendah Aima berpindah ke Sekolah Menengah yang jauh dari rumah hinggalah ke Tingkatan 3.  Alhamdulillah semua lulus dengan cemerlang.  Tingkatan 4 hingga 5 Aima berpindah lagi ke sekolah yang menempatkan semuanya pelajar perempuan sahaja dan mengambil peperiksaan O Level disana. 

Sementara menunggu keputusan O Level Aima kerja dengan 1 company sebagai Kerani dengan gaji permulaan $400.  Ingatkan kerja sekejap je sebab nak sambung study, tapi kuasa Allah siapa yang dapat menidakkan ye tak.  Dari cuma suka-suka kerja timbul pulak rasa enjoy dan happy dengan kerja.  Dapat jugaklah bagi mama dan bapa sorang $100 setiap bulan.

Dan ingatkan kerja kat company ne sekejap saja, ada jugak niat nak merasa kerja di company lain, rupanya perancangan Allah lebih baik untuk diri ini.  Kalau nak tahu company tempat Aima kerja sekarang ne merupakan company yang mula-mula Aima kerja lepas habis sekolah, company yang sama.. Eh faham tak? ahahaa...tak terasa dan nak masuk jubli perak Aima kerja 1 company.  Dari kerani biasa hingga menjawat jawatan sekarang ini, Alhamdulillah.   Orang kata dari bujang sampai kahwin sampai lah beranak pinak masih kekal ngan 1 company.  Ini tandanya boss dia baik sebab tu sayang nak tinggal hehee..

Di usia 20 tahun Aima bertunang ngan seorang lelaki yang pada mulanya hanya kenal melalui telefon saja, gara-gara dia salah dail nombor telefon.. ekelehhh propa je tu, ingat orang tak tahu nak ngorat kite, ahahaa...gurau okey.  Kitorang tunang selama 2 tahun, lama kan? Banyak suka duka dalam pertunangan sampai ada 1 masa tu nak putus tunang, tapi kalau dah jodoh tak lari kemana.

Usia 22 tahun Aima dengan Si Dia berkahwin.  Acara besar-besaran jugaklah.  Maklumlah Aima anak perempuan pertama dalam keluarga yang berkahwin, Aima ada 2 orang abang, yang masa tu sorang dah kahwin dan sorang lagi belum, sah-sah kite langkah bendul kan, ehehee..  Manakala sebelah suami lagi lah besar-besaran, maklum saja lah anak lelaki satu-satunya.

Di usia 23 tahun Aima melahirkan anak pertama seorang puteri, sekarang dah berumur 18 tahun dan masih further study lagi.  Dia lah satu-satunya anak perempuan Aima, anak tunggal yang manja dan kakak yang garang ngan adik-adik.

Selepas kahwin Aima n Mr Hubby tinggal dengan family kedua belah pihak.  Ketika usia anak sulung (Kakak) 1 tahun kami berpindah ke Staff Quarters yang disediakn oleh Pihak Syarikat Aima kerja iaitu sebuah banglo.  Bermulalah kehidupan kami membina hidup berkeluarga di sana.  Dari rumah tak banyak isi hingga lah berisi-isi.  Dari anak 1 hinggalah anak 3.  Dari cuma ada sebuah kereta hinggalah ada 2 buah kereta, Alhamdulillah.

Kemudian ketika anak ketiga berusia 2 tahun kami berpindah pulak ke Quarters anggota beruniform suami bertugas iaitu rumah teres 2 tingkat, Alhamdulillah.  Tapi duduk sana dalam 2 tahun saja.  Mr Hubby dah nak pencen muda, lalu Mr Hubby membina sebuah rumah untuk kami anak beranak berdekatan dengan rumah ibu bapa Aima, woohoooo ehehee...

Di usia Aima 33  tahun dan Mr Hubby 34 tahun kami dah ada rumah sendiri yang dibina dengan hasil jerih payah kerja tapi lebih banyak suami yang keluarkan duit.  Mr Hubby rela buang semua rasa nak enjoy dengan duit baksis yang dia ada selama kerja sebagai anggota beruniform demi hendak mendirikan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak.  Terima kasih suami semoga Allah membalas jasamu dengan berjuta kebaikkan dunia dan akhirat, aamiin.  Syukur Alhamdulillah ya Allah.  Dan setelah setahun lebih tinggal di rumah tersebut kami dikurniakan seorang lagi putera kini dah berusia 7 tahun, dialah anak bungsu Aima.  Alhamdulillah rezeki Allah.

Dan 3 tahun lepas Aima dan Mr Hubby mendapat lagi sebuah rumah teres 2 tingkat yang dibayar ansur setiap bulan.  Mengikut perancangan rumah tersebut untuk anak-anak di kemudian hari, Insha Allah.  Orang kata bersusah-susah dahulu bersenang kemudian.  Semoga anak-anak di kemudian hari menghargai apa yang kami tinggalkan untuk dorang, aamiin.


Sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi.  Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, aamiin..  

Ya Allah terima kasih di atas kebahagiaan ini.  Ku mohon panjangkan umurku Ya Allah agar aku dapat membesarkan anak-anaku dengan baik.  Agar aku dapat berbakti kepada bapa dan kedua mertua ku.  Beri aku peluang Ya Allah utnuk melihat anak-anak ku membesar dan berjaya dunia akhirat. Murahkan lah rezeki ku seperti air zamzam yang mengalir tanpa henti, berikan aku rezeki seluas lautan dan langit yang Kau ciptakan, kurniakan aku rezeki yang berkat yang banyaknya dapat di agihkan dan sedikitnya cukup agar aku dapat berbagi dengan keluarga dan orang yang memerlukan.

Jauhkan aku dari segala penyakit, fitnah, hasad dengki dan apa jua perkara yang tidak baik Ya Allah.  Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menjalani ibadah pada Mu dengan tenang.  Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.  Dan di hari lahir ku ini ku memohon kepada Mu Ya Allah agar aku diberi peluang untuk membesarkan anak-anakku dengan tangan ku sendiri.  Aku ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluargaku.

Jika di izinkan aku hendak bekerjaya dari rumah dengan pendapatan yang lebih tinggi agar aku dapat membahagikan masa untuk suami dan anak-anak.  Agar aku dapat melihat pembesaran anak-anak ku, agar anak-anak ku merasa selalu dekat dengan ku.

Agar aku dapat menjadi anak yang selalu berbakti pada bapa ku dan menjadi isteri yang selalu ada di sisi suami.  Semoga kau makbulkan doa-doa ku Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu ku bermohon dan berserah, terima kasih atas segalanya Ya Allah, Alhamdulillah..

Terima kasih juga pada sesiapa yang sudi singgah dan membaca blog ini, moga korang dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat.. aminn..

 

Thursday, August 1, 2024

Redha Suami, Redha Allah Juga

 

Setiap Rumah Ada Cerita (CnP dari blog lama)

 
Salam semua.  Hari ne Aima nak citer pengalaman tinggal sendiri selepas kahwin.  Bila di kenang-kenang kisah lalu ada gak syoknya kan.  Terimbas semua kenangan dulu-dulu, uhuuu…

Mula-mula kawin Aima duk ngan family Aima, masih rasa tak nak berjauhan ngan family, ye lah anak pompuan yang paling beso kan, lagi pula opis Aima dekat je ngan umah family so senang nak pi keje.  Setiap weekend baru tido rumah mertua.  Memang banyak cabaran dan dugaan pada tahun pertama perkahwinan, jika ikut rasa hati n jika dapat di putar masa yang dah berlalu rasa macam nak ulang balik zaman remaja dulu.  Ye lah kan belum tau nak mengemudi rumahtangga lagi.
 
5 bulan lepas di ikat sebagai isteri Mr Hubby ajak duk rumah family dia sebab dia kata nak suh Aima merasai pengalaman duk kat kampung, ermmm.. Aalaa sebenarnya Mr Hubby tak tahan duk jauh dari mama n bapa dia, ye lah kan anak lelaki satu-satunya.  Demi nak menjaga hati suami Aima turutkan lah juga walaupun hati rasa sedih sangat.  Mula-mula pindah rumah mertua masa tu ngam Hari Raya Aidiladha, dengar je takbir dalam tv meraung jugak di buatnya, tak pernah jauh ngan family, tup-tup di bawak pergi, huwawawaaa…

Bila rindu tentu Aima call mama n cakap yang Aima rindu kat dia, uhuuu… N bila mama cakap yang dorang sunyi sebab Aima dah takde kat rumah lagilah menitik airmata, nasib tak banjir kan, eheee…  Duk ngan mertua memang banyak suka duka yang Aima alami.  Kedua mertua memang baik cuma ipar je ada masanya tak ngam ngan kiter.  Apatah lagi adik-adik ipar semuanya pompuan, semuanya satu kepala.  F sorang tak suka tentu semua pun ikut terjeling-jeling, fuhhh!!!!

Masa tu memang sedih giler jugak lah, Mr Hubby je yang tak tahu.  Malas nak citer sebab malas nak cari gaduh, pendam je lah sorang diri.  Memang Aima makan hati n banyak nangis tambah lagi time pregnant pertama.   Alamak melalut lah pulak, tadi cakap nak citer pengalaman tinggal sendiri je kan, eheee…

Kita sambung k, pengalaman tinggal ngan mertua tu insya Allah nanti Aima share k.  Mula kawin tinggal ngan family Aima n lepas 5 bulan pindah tinggal ngan mertua.  Genap setahun setengah tinggal serumah ngan family Mr Hubby, masa tu Aima dah ada anak sorang iaitu kakak, terjadilah satu pertelingkahan antara Mr Hubby ngan adik-adik dia.  Ini semua gara-gara adik dia ‘kureng ajar’ ngan Aima, semua tuduh Aima macam-macam.  Semua jasa baik dorang buang ketepi, sedih giler beb..

So Mr Hubby ajak pindah semula duk rumah family Aima.  Masa tu Aima dah fikir nak apply rumah dari bos company Aima keja.  Kebetulan pulak semua staff tak kira lah local ke orang luar ke semua dapat kemudahan yang macam-macam dari company.  Aima pun try lah tanya kat bos kot-kot ada rumah yang kosong tuk Aima tinggal ngan family kecik Aima.  Bukan lah tak nak tinggal ngan family, tapi pengalaman lalu mematangkan diri ini n nak gak rasa susah senang mengurus rumahtangga sendiri.
Dan ternyata nasib menyebelahi Aima, kebetulan pulak ada satu rumah yang baru je di kosongkan oleh penyewa.  So bos kata duk lah kat situ, tanpa bayaran satu sen pun, semuanya free sebab rumah tu company punya, jadinya semua di tanggung syarikat, Alhamdulillah.. Maka bermula lah episod suka duka berumahtangga, barulah merasa pahit manis tinggal sendiri, tapi terus terang memang Aima n Mr Hubby teruja sangat.  N dari situlah keluarga kecik Aima mula berkembang, eheee…

Best sangat duk sendiri ne kan, semua kena mula dari 0.  Tinggal sendiri ne mengajar kami erti kesabaran dan pengorbanan.  Dari rumah tak banyak benda sampailah berbenda-benda kat rumah sampai pening kepala tak tau nak susun caner, ahaaa…

 
Rumah pertama yang Aima n family duduki ne berupa rumah 2 tingkat, Aima duk kat aras bawah yang ada 3 bilik manakala aras atas pulak di duduki Amoy Cina yang tinggal sorang tapi dah berumur gak lah cina tu.  Jadinya memang takde gangguan lah.  Mula pindah kakak baru berumur 1 tahun, baru belajar nak jalan.  Tinggal kat rumah tu Aima dah pandai berdikari, keje pun drive kete sendiri, senang f ada pape kan.  Dari anak sorang mula-mula masuk kat rumah tu, keluar pulak 2 orang lagi anak, Alhamdulillah.

Lama gak kami tinggal kat sana, ada lah dalam 6 tahun. Rumah tu banyak menyimpan memori dan suka duka kami sekeluarga.  Aima sayang sangat kat rumah tu cuma ada banyak sebab yang membuatkan Aima n Mr Hubby terfikir tuk berpindah, antara sebabnya adalah banjir.  Mana tahan beb asal hujan besar je tentu banjir.  F banjir kat luar je ok lagi, ne tak satu rumah banjir, habis perabot dan barang-barang rosak.  Sebab lain yang memang Aima tak kan lupa adalah mainhole selalu tersumbat.   Asal tersumbat je tentu air dalam toilet tak dapat mengalir.  1 hal lagi bau dia mai aiii, loya tekak.   Bos pun ada cakap masa mula buat rumah-rumah kat kawasan tu (kan semua rumah tu milik bos, adalah dalam 8 buah rumah) dorang buat 1 main hole je untuk setiap 4 buah rumah, mana tak stuck.  Tau je lah tinggal berjiran ngan bukan muslim ne, dorang bukan pernah tinggal toilet tissue f melabur, caner lah tak tersumbat bila hari-hari guna tisu tuk lap lip lap n pam dalam bowl, aduyaiii…

Selepas banjir besar melanda Brunei n rumah kami tinggal tu pun banjir sama, Mr Hubby pun mula tanya-tanya kat Jabatan dia keje tentang permohonan rumah bagi pasukan beruniform.  Masa tinggal kat rumah mertua memang Mr Hubby ada apply perumahan bagi anggota beruniform tapi sampai lah bertahun-tahun takde jawapan (orang yang amik permohonan tu keje dia cuma tido kot, huhhh!!!) Mula-mula tu susah gak nak dapat sebab Mr Hubby mintak rumah teres yang berdekatan tapi Allah Maha Pengasihani hamba Nya yang sabar, dengan pertolongan seorang saudara sebelah family Aima, Alhamdulilah kami dapat rumah teres yang dikhaskan bagi pasukan beruniform tempat Mr Hubby keje.  Dan rumah teres tersebut terletak di kampung Aima sendiri n tak juah dari rumah family Aima, Alhamdulillah..

 
Hari ne dapat kunci rumah, keesokkan harinya Aima n Mr Hubby dah packing barang tuk pindah, semangat beb..eheee…Rumah teres tu 2 tingkat dan ada 4 bilik, besar gak lah, cukup tuk family kecik Aima.  Masa tu anak pun dah 3 orang.  Jika rumah lama ada masalah ngan manhole, kat rumah teres ne pun sama, mainhole pun selalu tersumbat, waduhhh!!!

Tinggal kat rumah teres ne lagilah banyak suka duka dan dugaan yang di alami.  Kata orang setiap rumah ada cerita tersendiri.  Aima n family duk kat rumah tu tak lama dalam 2 tahun lebih je sebab Mr Hubby nak tamatkan perkhidmatan keje selama 15 tahun.  So sementara tunggu masa nak keluar dari rumah teres, Aima dah mintak kebenaran kat bapa Aima tuk buat rumah kat depan rumah bapa Aima tu.

Sebenarnya bapa Aima ada 2 buah rumah, satu yang keluarga duduk n yang satu lagi di sewakan yang merupakan rumah lama keluarga kami sebelum bapa Aima membuat rumah baru kat belakang rumah lama.  Alhamdulillah bapa Aima bagi kebenaran tuk Aima n Mr Hubby renovate atau buat baru rumah sewa tersebut.  Mr Hubby plan nak robohkan rumah sewa tersebut dan buat yang baru.  Rasa syukur yang tak terhingga Aima panjatkan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan terima kasih yang tak terhingga Aima n Mr Hubby ucapkan pada mama n bapa Aima yang telah bermurah hati mengizinkan Aima membuat rumah di tapak rumah lama, semoga Allah membalas kebaikkan dan jasa mereka dengan berjuta kebaikkan, Amin Ya Rabbalalamin...

 
Semua duit baksis selama Mr Hubby keje di laburkan tuk membuat rumah kami.  Memang takde enjoy lah ngan duit baksis tersebut.  Selain duit baksis Aima n Mr Hubby juga guna duit yang ada dalam tangan tuk beli barang-barang lain seperti lampu, kipas dll secara berdikit-dikit.  Hari Raya pada tahun tu pun kami tak sambut sebab rumah dah berselerak ngan kotak-kotak barang yang nak di bawa pindah.

Dan Alhamdulillah beberapa bulan selepas pembinaan rumah baru kami pun siap, Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terlalu banyak pengorbanan yang kami hadapai tuk mendapatkan rumah yang Aima n family duduk sekarang dan terasa berbaloi ngan apa yang telah di korbankan.   Rumah Aima yang sekarang ne adalah rumah banglo dan tak lah besar mana tapi cukuplah untuk kami anak beranak.  Rumah ne ada 3 bilik tidur, satu ruangtamu, 1 ruang lepak, 2 toilet n 1 dapur yang lebih besar dari master bedroom.  Dapur besar ne memang permintaan Aima sebab senang jika adakan keramaian ke, doa selamat ke, senang nak main masak-masak, eheee...

 
Kini rumah tersebut sudah 3 tahun kami diami.  Dan di rumah baru ini lah Aima dapat baby baru lagi, eheee… Lepas ne takde pindah lagi lah, biarlah menetap kat rumah sekarang ne hingga nafas yang terakhir.  Memang Aima n Mr Hubby hepi sangat sebab tertunai sudah impian tuk memiliki rumah sendiri di usia muda, Mr Hubby 33 tahun n Aima 32 tahun, Alhamdulillah.  Aima pun hepi sebab dah duk dekat ngan mama n bapa Aima, sekurang-kurangnya dapatlah menjenguk n menjaga sakit demam mereka.  

Boleh di katakan Aima tersangat bahagia ngan kehidupan ini.  Bahagia di temani suami yang penyayang yang telah sama-sama mengharungi suka duka bersama-sama selama 13 tahun hidup bersama dan diserikan lagi dengan 4 orang cahayamata yang comel n nakal serta di kelilingi ngan keluarga yang memahami, Alhamdulillh, Syukran Ya Allah.. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya, aminnn..

Alahai panjangnya n3 kali ne kan, tentu boring baca, eheee…    Insya Allah ada kesempatan Aima share pulak cabaran n dugaan di setiap rumah yang Aima duduki.. selamat ngantuk membaca n3 ne k, bubyezzz.. Assalammualaikum..