Wednesday, January 27, 2021

3 Hari Dalam Kehidupan

 
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga..amin..

p/s:  Hargailah hidup ini sebaik-baiknya
 
 

Mama Aima



 

Thursday, January 21, 2021

Serba Sedikit Tentang Diri Ini

Assalamualaikum.  Salam kenal bagi yang baru kenal.  Yang dah kenal lama sebelum buat blog baru ne, masih ingatkah dikau akan diri ku ini? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Mungkin ramai yang dah lupa sebab blog lama dah berhabuk bersawang, tak dapat bukak sampai sekarang.  Dah try banyak kali guna email yang ada tapi 1 pun tarak boley guna.  Semua eror and not found.  Sayang sebenarnya blog lama tu, dalam draft saja berpuluh entry yang tak sempat publish, sibuk manjang mengalahkan Menteri, hahaa..

Rasanya dah lebih 10 tahun usia blog Aima, kalau sudi boleh jenguk kat sini https://mama-aima.blogspot.com/ Banyak jugak suka duka share kat sana.  Dah try login dari awal tahun lepas, tetap tak dapat-dapat.  Akhirnya kena pasrah dan buat blog baru. 

Yang Aima ingat ada beberapa coretan yang Aima ingat nak publish, kisah anak-anak, kisah kehidupan.  Panjang berjela taip cuma belum sempat edit, tau-tau tak dapat bukak blog, frust sangat.  Insha Allah ada masa Aima buat lagi.  Tunggu free key๐Ÿ˜

Aima share serba sikit tentang diri ini okey.  Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.  Nak tahu berapa umur anak-anak, skodeng kat blog lama key.  Masih berkerja, office hours dan after office hours adalah ibu rumahtangga.  

Minat menulis sejak di bangku sekolah.  Karangan Aima pernah menang tempat pertama di waktu sekolah menengah.  Student lain jika buat karangan bersambung, tentu tentang hantu, Aima pulak buat karangan seperti cerpen, kisah cinta pulak tu, hahahaa.. Karangan Aima boleh dikatakan banyak yang di publish kat white board sekolah untuk rujukan.  Eh bukan white board lah tapi sejenis cabinet berkaca yang di gantung kat dinding sekolah zaman 80-90an, tak tau nama dia, hehehe.

Penat pulak nak taip panjang-panjang๐Ÿ˜‚ Kalau nak tau lebih boleh tengok kat posting blog lama betajuk 'Kenangan Terindah' tarikh 9 October 2018.  Kalau rajin nanti Aima copy & paste kat sini, Insya Allah.  Jumpa lagi.

Mama Aima


Celoteh Khamis

 

Assalamualaikum.  Salam Khamis.  Sekarang cuaca memang tak menentu kan? Bak kata pepatah mendung tak bererti hujan tapi sekarang ne mendung memang sah akan hujan๐Ÿ˜‚ Alhamdulillah hujan membawa rahmat.  Kat sini memang hari-hari hujan.  Sejuk pun lain macam dah sekarang, kalau sebelum ne waktu tidur malam bukak aircond dan kipas tapi sekarang, bukak aircond pun sekejap on sekejap off, sejuk giler.  Waktu siang pun tak bukak aircond, beku beb...  

Cuma time hujan macam ne baju lambat kering.  Jemur kat dalam rumah guna kipas alamat hari ne cuci besok baru kering.  Nak guna dryer kat dobi memang tak reti๐Ÿ˜œ  Malu pulak rasa bila terkebil-kebil tak tahu nak buat apa hahaa..So jalan selamat jemur dalam rumahlah jawapnya.

Lagipun kalau jemur kat luar takde saper yang boleh tolong angkat kalau hujan.  Pagi hingga tengahari memang takde orang kat rumah.  Anak-anak semua sekolah.  Aima sendiri pun keje office hours.  Anak-anak tengahari baru ada kat rumah, itu pun kadang lepas makan, main game terus tidur.  Bestkan jadi budak-budak tak payah nak fikir banyak benda.  Tak penat nak fikir buat itu ini.  Cukup masa makan, mandi, tidur, sekolah, main game, tengok youtube.  Tak payah nak fikir besok nak masak apa, baju dah cuci ke belum, rumah bersepah ke tak, anak-anak ok ke tak bla bla blaa.

Tapi masa Aima kecik-kecik dulu teruja sangat nak jadi dewasa, semua nampak indah, semua macam best je kan? ๐Ÿ˜ Semua orang ingat hidup dewasa tu senang, boleh cari duit, boleh cantik-cantik, boleh tolong mak bapak, boleh enjoy, kan kan kan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚  Tapi kenyataannya memang tak seindah yang dibayangkan.  Ada onak duri yang harus dilalui, ada liku-liku tajam yang harus ditempuh, ada suka duka yang mesti dihadapi dan asam garam kehidupan yang mesti diharungi.

Alhamdulillah Aima dah lalui pahit manis kehidupan.  Dari setawar-tawar pengalaman, sepahit-pahit dugaan hingga semanis-manis kehidupan dan asam garam perkahwinan.  Alhamdulillah.  Kadang tu tak sangka dapat melaluinya, Allah Maha Adil.  Allah tak akan membebani hambaNya diluar batas kemampuan.  Apa yang perlu ada adalah SABAR dan TAWAKAL.  

Begitu juga dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran yang tinggi.  Rumahtangga sorang-sorang memang tak sama, ada yang mulus yang tulus, ada yang penuh liku dan onak duri.  Adakalanya tersasar dari landasan, maka cepat-cepatlah sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Alamak panjang pulak entry hari ne.  Maaf ye Aima ne memandai-mandai pulak dalam hal rumahtangga, hahaa.. Sekadar coretan saja key.  Mana yang baik jadikan pedoman yang tak baik buang ke laut dalam๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ok semua assalamualaikum, jumpa lagi.

Mama Aima